By Cikgu Khairul
Setiap kali ujian psikometrik, pasti ramai akan mencari tips lulus dalam ujian psikometrik. Pelbagai tips dikongsikan terutama di facebook, youtube dan tiktok. Walaupun kesemua tips-tips ini dilakukan, masih ramai lagi yang gagal ujian psikometrik ini.
Kenapa jadi macam itu? Apakah puncanya? Jom saya kongsikan kepada tiga cara untuk lulus dalam ujian psikometrik SPA ini.
Perkara utama bakal menentukan sama ada anda lulus ataupun gagal, adalah berkaitan dengan minat. Ada sesetengah calon psikometrik hanya mencuba-cuba nasib mereka. Kalau lulus sekali pun, belum tentu mereka berminat untuk menghadiri temuduga.
Ketika ini, ujian psikometrik akan menapis calon-calon yang betul-betul berminat sahaja untuk lulus ujian ini. Cuba tanya pada diri anda, adakah anda betul-betul berminat dengan jawatan kali ini? Hanya anda yang mampu jawab persoalan itu.
Tujuan utama ujian psikometrik ini dijalankan ialah untuk mencari calon yang mempunyai perwatakan sesuatu jawatan. Perkara ini berkait rapat dengan keboleharapan seseorang calon itu melaksanakan tugas mereka.
Jika seseorang calon itu mempunyai perwatakan sesuatu jawatan, maka mudah lah dia melaksanakan tugasnya. Contohnya, seorang pakar psikologi memerlukan perwatakan sentimental bagi memastikan diri mereka boleh melaksanakan tugas mereka.
Ramai calon psikometrik gagal ujian ini disebabkan tak konsisten dalam pemilihan jawapan. Jawapan konsisten digunakan sebagai andikator untuk menentukan sama ada seseorang calon itu jujur ataupun tidak ketika menjawab ujian.
Dalam psikologi, seorang penipu ini tidak mempunyai pendirian yang tetap. Pendirian mereka kerap berubah-ubah mengikut situasi. Sekiranya anda pun seperti ini, kebarangkalian untuk anda gagal pun akan tinggi.
Saya harap dengan tiga tips lulus ujian psikometrik ini dapat membantu anda dalam menghadapi ujian yang akan datang nanti. Anda tahu tak trick licik soalan psikometrik menggagalkan calon? Jom baca dengan klik butang di bawah ini.
Nusamo © 2022. All rights reserved.